DALAM usaha memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri tahun ini, Astro menawan hati para pelanggan dengan menawarkan kepelbagaian kandungan tempatan mahupun dari luar negara melalui lima saluran keluarganya iaitu Astro Ria, Astro Prima, Astro Oasis, Astro Kirana dan Astro Aruna.
Setiap rancangan yang bakal menemui para pelanggan adalah bersesuaian dan sinonim dengan objektif dan penonton sasaran setiap saluran.
Kemeriahan sambutan Aidilfitri menjadi lebih menarik apabila Astro membariskan himpunan pelbagai program dan genre serta diwarnai dengan nama-nama hebat dalam arena hiburan tanah air di salurannya yang pelbagai.
Kala Malam Bulan Mengambang, Cuci, Anak, Takbir Suci 3, Hanya Aku, Retro Raya Prima dan Glamour Raya merupakan antara rancangan-rancangan yang pastinya menyengat dan mendapat sambutan ramai.
Menurut Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn. Bhd., Zainir Abdullah: "Objektif kami di Astro pada sambutan Hari Raya kali ini ialah untuk memberikan hiburan berterusan melalui rancangan-rancangan hebat yang telah dibariskan bermula pada petang menjelang Hari Raya lagi."
"Lima saluran keluarga Astro telah bergabung tenaga dalam membariskan rancangan-rancangan yang dijangka akan mendapat sambutan hangat bermula pada malam Raya termasuklah penayangan filem yang baru sahaja mendapat Anugerah Filem Terbaik dan Anugerah Lakon Layar Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-21 (FFM21) baru-baru ini iaitu Kala Malam Bulan Mengambang dan Cuci.
"Filem tersebut akan disiarkan pada Hari Raya pertama. Bukan itu sahaja, kami juga akan menayangkan filem yang telah mengangkat nama Lisa Surihani sebagai Pelakon Harapan Terbaik pada FFM21 baru-baru ini melalui I'm Not Single," tambah Zainir ketika majlis pratonton program-program Raya Astro di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur semalam.
Di antara telefilem yang dijangka mendapat sambutan hangat pada Aidilfitri nanti ialah Minah Lodeh Tipah Lepat Berayalah Pulak (Astro Prima), 5 Kunci Syurga (Astro Aruna), Cinta Yang Terindah (Astro Prima), Joe & Faridah (Astro Ria), Hanya Aku(Astro Ria) dan Cahaya Lailatulqadar(Astro Prima).
Di samping program-program mingguan terbitan Astro turut menerbitkan episod istimewa seperti Kelab Pop Raya, Gegar Gitu Apek Raya, Trek Selebriti Raya, Ria Sentral Raya serta Deko Bersama Eric Raya.
Kelima-lima saluran Astro yang bergabung tenaga ini juga bakal menayangkan filem-filem hebat dan terbaru seperti Kala Malam Bulan Mengambang, Cuci, I'm Not Single, Anak dan Chermin yang pastinya akan menyerikan lagi sambutan Aidilfitri tahun ini.
Dalam majlis itu juga, Zainir turut menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim dari Rumah Amal Limpahan Kasih. Selain itu, tetamu yang hadir dihidangkan dengan persembahan artis oleh
DJ Dave yang menyampaikan lagu Di Desa Kasihku Tertumpah, Devotees (Lament), Awie (Musafir di Aidilfitri), Noryn Aziz (Suara Takbir) dan di akhiri dengan persembahan lagu Selamat Hari Raya secara beramai-ramai.
Antara artis dan selebriti yang turut hadir adalah Farah AF2, Azwan Ali, Reza Mohammad, Farish, Mas Omar dan Tam.
Program-program Raya 2008
Malam Raya, 30 September
Minah Lodeh Tipah Lepat Berayalah Pulak - Astro Prima, 6 petang
Di Bawah Ketiak Isteri Aidilfitri - Astro Prima, 9.15 malam
Takbir Suci 3 - Astro Ria, 11 malam
Hari Raya Pertama, 1 Oktober
Kelab Pop Raya - Astro Ria, 9.30 pagi
Gegar Gitu Apek Raya - Astro Ria, 10 pagi
5 Kunci Surga - Astro Aruna, 11 pagi
Trek Selebriti Raya - Astro Ria, 11.30 pagi
Amboi Amboi Amboi Raya - Astro Prima, 11.30 pagi
Ada Cinta Di Hari Raya? - Astro Ria, 12 tengah hari
Raja Lawak Edisi Raya Lagi - Astro Prima, 12.30 tengah hari
Konsert Reunion AF6 - Astro Ria, 1 petang
Cinta Yang Terindah - Astro Prima, 2 petang
Mawi Di Bumi Anbia - Di sebalik Hijrah Mawi - Astro Oasis, 3 petang
Cuci (filem) - Astro Ria, 4 petang
Retro Raya Prima - Astro Prima, 6 petang
Corat Coret AF6 (Rumah Terbuka AF6) - Astro Ria, 9 malam
Sumolah (filem) - Astro Prima, 9 malam
Kala Malam Bulan Mengambang (filem) - Astro Kirana, 9 malam
Joe & Faridah - Astro Ria, 11 malam
Hari Raya Kedua, 2 Oktober
Glamor Raya - Astro Ria, 10 pagi
Kado Indah Kesabaran - Astro Aruna, 11 pagi
Ria Sentral Raya - Astro Ria, 11.30 pagi
Destinasi Fantasia @ Gold Coast, Australia - Astro Ria, 2 petang
Anak (filem) - Astro Ria, 4 petang
Sempoinya Raya 2008 - Astro Ria, 9 malam
Chermin (filem) - Astro Prima, 9 malam
I'm Not Single (filem) - Astro Prima, 9 malam
Hanya Aku - Astro Ria, 11 malam
Hari Raya ketiga, 3 Oktober
Deko Bersama Eric Raya - Astro Ria, 10.30 pagi
Kelibat - Astro Ria, 4 petang
9 September (filem) - Astro Prima, 9 malam
DHOL - Astro Kirana, 9 malam
Lantunan Cinta - Astro Oasis, 9 malam
Anak Mami Kembali (filem) - Astro Ria, 11 malam
Hari Raya Keempat, 4 Oktober
Cahaya Lailatulqadar - Astro Prima, 9 malam


