suria

“Harap kita semua berhenti bergaduh” - Netizen syak Selena Gomez balas sindiran Hailey Bieber

Kemelut antara Selena (kiri) dan Hailey nampaknya masih belum berakhir.

HUBUNGAN dingin antara Selena Gomez dan Hailey Bieber kembali menjadi tumpuan selepas penyanyi berkenaan memuat naik kenyataan sindirian di Instagram. 

Segalanya bermula apabila pengasas jenama Rhode Beauty, Hailey Bieber, 28, memberikan kenyataan sinis dalam satu temu bual yang dilihat ditujukan kepada Selena, 33, dan jenama kecantikannya, Rare Beauty.

Hailey berkata dia tidak merasa bersaing dengan individu yang gagal memberinya inspirasi sekali gus mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen bahawa ia merujuk kepada Selena. 

Kenyataan dibuat Selena dipercayai telah dipadam.

Kenyataan dibuat Selena dipercayai telah dipadam.

Tidak lama kemudian, Selena tampil dengan respons menerusi satu hantaran di Instagram memberitahu dia enggan peduli dengan kata-kata orang kerana ia sedikit pun tidak menjejaskan kehidupannya. 

"Dia boleh kata apa sahaja, ia langsung tidak menjejaskan hidup saya.

"Ini soal relevan, bukan kepintaran. Bersikap baiklah. Semua jenama memberi saya inspirasi. Ada ruang untuk semua orang. Dan harapnya kita semua boleh berhenti (bergaduh)," ujarnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Selena Gomez kini sah isteri Benny Blanco

ARTIKEL BERKAITAN: Hailey sudah tak pakai cincin kahwin, kunci mulut rumah tangga bersama Justin Bieber berakhir

Untuk rekod, Selena pernah menjalinkan hubungan dengan suami Hailey, Justin Bieber, selama hampir lapan tahun sebelum berpisah secara rasmi pada Mac 2018.

Hailey dan Justin kemudiannya berkahwin pada tahun sama dan menyambut kelahiran anak pertama mereka, Jack Blues, pada tahun 2024.

Pada 27 September lalu, Selena sah bergelar isteri kepada penerbit muzik, Benny Blanco dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Santa Barbara, California.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain