suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa Rihanna meninggal dunia

Bapa Rihanna (tengah) meninggal dunia pada usia 70 tahun.

BAPA penyanyi Rihanna iaitu Ronald Fenty meninggal dunia di sebuah hospital di Los Angeles, Amerika Syarikat pada Sabtu. 

Berita pemergian bapa penyanyi lagu Umbrella itu dimaklumkan oleh portal Starcom Network, namun punca kematian tidak didedahkan. 

Menurut sumber, sewaktu Ronald, 70, menghembuskan nafas terakhir, mendiang ditemani seluruh anggota keluarganya di hospital.

Rihanna (kanan) pernah mempunyai hubungan dingin dengan bapannya.

Rihanna (kanan) pernah mempunyai hubungan dingin dengan bapannya.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi daripada Rihanna berhubung kematian bapanya itu. 

Untuk info, hubungan Rihanna dan Ronald dingin sejak sekian lama sebelum kedua-duanya kedua kembali berdamai.

ARTIKEL BERKAITAN: Rihanna buat kejutan di Met Gala, umum hamil anak ketiga

ARTIKEL BERKAITAN: Rihanna kongsi foto dalam bilik bersalin, pakai rantai mutiara dan berkaca mata hitam sambut kelahiran anak

Untuk rekod, Ronald bercerai dengan ibu Rihanna iaitu Monica Braithwaite pada 2002.

Selain Rihanna, pasangan itu turut dikurniakan dua cahaya mata lain iaitu Rajad dan Rorrey.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain