suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Raffi Ahmad beli 5 ekor lembu saiz ‘jumbo’ untuk ibadah korban

Raffi beli lima lembu bersaiz 'jumbo' bagi hari raya Aidiladha tahun ini.

BERSEMPENA kedatangan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi, pelakon Raffi Ahmad membeli lima ekor lembu bersaiz ‘jumbo’ untuk ibadah korban.

Raffi memberitahu dia membeli lima ekor lembu pada tahun ini bagi membolehkan setiap ahli keluarganya dapat melaksanakan ibadah tersebut.

Raffi hadiahkan seekor lembu buat Sonny.

Lembu-lembu berkenaan dibeli daripada rakannya yang juga pelawak Irfan Hakim.

Tidak hanya untuk ahli keluarga, Raffi turut membeli seekor lembu untuk rakan baiknya iaitu pelakon Sonny Septian.

Terkejut dengan tindakan Raffi, Sonny mengucapkan terima kasih kepada aktor itu kerana tidak menyangka gurauannya menjadi kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: Raffi Ahmad isytihar harta, miliki kekayaan bernilai RM282 juta

ARTIKEL BERKAITAN: Video mesra tular, netizen dakwa Ayu Ting Ting ‘kekasih gelap’ Raffi Ahmad

“Betul ke ini? Masya-Allah tak sangka asbab bergurau jadi kenyataan, terima kasih Raffi,” katanya.

Difahamkan, harga bagi seekor lembu itu dianggarkan dari RM19,500 hingga RM52,000 seekor.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram<

Artikel Lain