KEMUNCULAN semula penyanyi Adam Levine sebagai juri pertandingan nyanyian The Voice bagi musim ke-27 mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat program berkenaan. Di sebalik komen-komen positif yang meraikan pengumuman itu, ramai juga peminat menyuarakan rasa kurang senang dengan pemilihan Adam. Dakwa netizen, Adam bukanlah seorang juri yang layak untuk menilai dan melatih peserta. Kemunculan Adam mendapat kecaman orang ramai. "Dia sekarang sudah tidak ada kerjaya, sebab itu dia kembali. "Selepas apa yang dia buat kepada peserta terdahulu, kami tidak mahukan dia dalam rancangan ini. "Dia berkemungkinan mahu mencari mangsa yang seterusnya untuk berlaku curang," kata mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas kantoi curang dengan model, Adam Levine dan isteri timang anak ketiga ARTIKEL BERKAITAN: Adam Levine nafi curang ketika isteri hamil, janji tidak ulangi lagi Komen-komen negatif itu dilemparkan berikutan kerjaya muzik Adam yang kini dianggap tidak relevan dan sudah tiba masanya pihak produksi mencari wajah baharu menggantikannya. Adam yang juga vokalis Maroon 5 menjadi juri The Voice selama 16 musim sebelum meinggalkan rancangan itu pada 2019. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!