suria

Cemburu motif tuduh suami Bunga Citra Lestari pecah amanah RM1.7 juta, Tiko bakal ambil tindakan terhadap bekas isteri

Tiko (kiri) sebelum ini merupakan pengarah syarikat PT Arjuna Advaya Sanjaya.

MOTIF cemburu punca suami kepada Bunga Citra Lestari iaitu Tiko Aryawardhana dituduh menggelapkan wang syarikat berjumlah RM1.7 juta.

Peguam Irfan Aghasar menjelaskan bekas isteri Tiko iaitu Arina Winarto masih tidak dapat menerima hakikat lelaki tersebut sudah bahagia dengan Bunga.

Kata Irfan, masalah yang masih belum selesai di antara mereka juga menjadi penyebab Arina cuba menarik perhatian Tiko dengan membuat tuduhan tersebut.

"Apa saya boleh katakan dakwaan ini mungkin disebabkan belum 'move on'. Melihat Tiko dan Bunga sudah bahagia, dia terus bangkitkan isu seperti ini," katanya seperti dilaporkan Kompas.

Tiko dan Bunga menerima impak negatif susulan dakwaan menggelapkan wang syarikat.

Tiko dan Bunga menerima impak negatif susulan dakwaan menggelapkan wang syarikat.

Menjawab tuduhan dibuat Arina, Irfan berpendapat proses audit akaun syarikat perlu dilakukan sekali lagi bagi menyelesaikan isu dibangkitkan.

Ini kerana kata Irfan, anak guamnya juga curiga dengan hasil audit yang dilakukan selain menyangkal pernah mengambil sebarang wang daripada syarikat untuk kegunaan dan kepentingan peribadi.

"Tiko tidak pernah disiasat atas sebarang tuduhan penyelewengan wang syarikat.

"Walaupun bergelar pengarah syarikat, Tiko masih perlu mendapatkan kelulusan akauntan jika ingin mengeluarkan wang," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Bunga Citra Lestari dituduh gelap wang syarikat RM1.7 juta

ARTIKEL BERKAITAN: Menyanyi di majlis makan malam syarikat suami, pakaian Bunga Citra Lestari jadi perdebatan

Irfan memberitahu Tiko dan Bunga kini berada dalam keadaan tertekan dengan tuduhan jahat dibuat Arina.

Tiko juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas isterinya itu bagi membersihkan namanya yang sudah tercalar.

"Sebagai orang dikenali ramai dakwaan Arina sudah tentu memberi kesan kepada Tiko dan Bunga," katanya.

Sebelum ini, Tiko didakwa menggelapkan wang syarikat yang diusahakan bersama Arina berjumlah RM1.7 juta.

Tiko didakwa melakukan perkara itu di antara tahun 2015 sehingga 2021 ketika memegang jawatan sebagai pengarah syarikat diberi nama PT Arjuna Advaya Sanjaya (AAS).

Manakala Arina bertindak sebagai pemilik dan pemegang saham syarikat berkenaan.

Arina mula curiga dengan transaksi kewangan syarikat apabila laporan keuntungan dan kerugian syarikat didapati mencurigakan.

Tiko didakwa menggelapkan wang syarikat sebanyak RM1.7 juta.

Tiko didakwa menggelapkan wang syarikat sebanyak RM1.7 juta.

Tiko gagal memberikan penjelasan hasil audit yang dibuat sebelum Arina membuat laporan polis mendakwa bekas suaminya itu melakukan pecah amanah.

Untuk rekod, Tiko dan Arina bernikah pada 26 Jun 2014 namun berpisah pada 28 Oktober 2021.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan termasuk sepasang kembar.

Tiko kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Bunga pada 2 Disember tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain