suria

Britney Spears mula bosan hidup menjanda, sedar mudah dimanipulasi orang lain 

Briteny lakukan pelbagai aktiviti untuk hilangkan kebosannya.

SELEPAS tiga bulan berpisah dengan Sam Asghari, penyanyi Britney Spears berasa janggal apabila kembali hidup solo.

Britney, 42, bagaimanapun memberitahu dia mengambil peluang ini memikirkan setiap perkara yang berlaku dalam hidupnya.

Malah sedar dia mudah dimanipulasi orang lain dan akan cuba sedaya upaya mengubah perkara tersebut.

bs 2

Britney sedar dirinya mudah dimanipulasi.

"Sangat pelik menjadi bujang, saya terlalu banyak masa melihat secara teliti setiap baik dan buruk masa lalu saya.

"Saya bosan tetapi saya juga takut dengan banyak perkara perlu saya hadapi tapi akhirnya saya yang tentukan bagaimana cara saya hidup.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu muda untuk jadi bapa, Britney Spears gugurkan anak Justin Timberlake

ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears dan Sam Asghari berpisah selepas setahun kahwin

"Saya tahu ramai yang akan campur tangan mengenai hidup saya tapi tak salah kalau saya pentingkan diri sendiri," luahnya.

Pada 17 Ogos lalu, Britney dan Sam mengumumkan perpisahan mereka hanya selepas setahun mendirikan rumah tangga.

Sam mendedahkan penyanyi itu berlaku curang sehingga menyebabkan dia memfailkan cerai terhadap penyanyi itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain