suria

Jungkook BTS kecewa peminat bersidai depan rumah, enggan tunjuk potongan rambut sebelum masuk kem tentera 

Jungkook sudah memotong rambutnya sebelum menyertai latihan ketenteraan.

WALAUPUN sudah beri amaran, anggota kumpulan BTS Jungkook mendedahkan masih ada peminat fanatik menunggu di hadapan rumahnya di Seoul, Korea Selatan.

Susulan itu, Jungkook meluahkan rasa kecewa dan meminta peminat berhenti melakukan perkara itu ketika muncul dalam siaran langsung komuniti dalam talian Weverse.

"Masih ada sasaeng (panggilan peminat fanatik) di hadapan rumah saya sehingga ke hari ini. Saya berharap kamu semu berhenti datang ke rumah saya," katanya.

Jungkook kecewa dengan segelintir peminat fanatik.

Jungkook kecewa ada segelintir peminat tetap berdegil dengan berhimpun di depan rumahnya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Seven ini menolak permintaan peminat yang meminta dia menunjukkan potongan rambut pendeknya susulan bakal menyertai latihan ketenteraan tidak lama lagi.

Jungkook sebaliknya memberitahu dia kini banyak bersenam sebagai persediaan menyertai latihan tentera.

"Tidak lama lagi saya akan mendaftar masuk latihan ketenteraan, jadi saya tidak boleh terus leka dan minum... Saya mahu pergi bersenam," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuduhan sudah ada teman wanita palsu, hanya ‘Army’ bertakhta dalam hati Jungkook

ARTIKEL BERKAITAN: Foto lepak dengan kawan tersebar, Jungkook (BTS) kecewa sikap peminat

Walaupun Jungkook tidak mendedahkan potongan rambutnya, peminat sempat merakam bayangan kepala penyanyi itu dan berkongsi video tersebut di TikTok.

Syarikat pengurusan BTS iaitu BigHit Music mengesahkan Jungkook, 26, Jimin, 28, V, 27, dan RM, 29, bakal mendaftar dalam perkhidmatan ketenteraan tidak lama lagi.

BigHit turut menggesa peminat untuk tidak menghadiri majlis kem latihan rekrut mereka yang hanya akan dihadiri oleh rakan dan kaum keluarga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain