suria

Penyanyi dangdut Rizki Syafaruddin tamat zaman duda, peminat pesan jangan mudah lafaz cerai

Rizki dan pasangan selamat bernikah pada Sabtu.

SELEPAS dua tahun menduda, penyanyi dangdut Indonesia Rizki Syafaruddin selamat bergelar suami kepada Hersa Rahayu Julianti pada Sabtu.

Majlis pernikahan pasangan tersebut berlangsung secara tertutup di sebuah hotel di Bandung, Indonesia.

Peminat yang teruja dengan perkhabaran itu mendoakan agar perkahwinan pasangan berkenaan kekal sehingga ke akhir hayat.

Rizki 3

Majlis pernikahan pasangan itu hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat.

Bagaimanapun terdapat segelintir warganet berpesan kepada Rizki agar tidak mengulangi kesilapan lama apabila menceraikan bekas isterinya hanya selepas beberapa bulan berkahwin.

"Semoga ini isteri seumur hidup kerana Rizki ini sangat susah untuk bertahan lama dalam perkahwinan.

"Jangan ditinggalkan lagi isteri dan kalau ada anak, jangan pula tidak mengaku," komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Taylor Swift serang IG Kim Kardashian, tinggal emoji ular di ruang komen

ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Ting Ting jadi bahan ketawa pakai bedak tutup ketiak hitam, ambil kesempatan promosi produk pemutih

Untuk rekod, Rizki sebelum ini pernah berkahwin dengan personaliti media sosial Indonesia, Nadya Mustika Rahayu pada 17 Julai 2020.

Hasil perkahwinan, Rizki dan Nadya dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Bahihaqqi Syaki Ramadhan yang kini berusia dua tahun.

Rizki dan Nadya (kanan) berkahwin pada 17 Julai 2020.

Bagaimanapun, hubungan tersebut hanya mampu bertahan selama satu tahun apabila mereka berdua membuat keputusan untuk bercerai pada November 2021.

Ia merupakan lafaz cerai kedua Rizki terhadap Nadya apabila pernah melafazkan talak disebabkan berasa ragu dengan kehamilan Nadya yang didakwa tidak selari dengan tarikh pernikahan mereka.

Susulan itu, Rizki meminta supaya Nadya melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengetahui kebenaran zuriat tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain