suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu restu pilihan Travis Kelce, sifatkan Taylor Swift wanita peramah

Hubungan Travis dan Taylor dapat restu ibu.

KETIKA ramai mengecam penyanyi Taylor Swift menjalinkan hubungan dengan Travis Kelce, ibu kepada atlet itu memberikan restu terhadap percintaan pasangan tersebut.

Sumber terdekat pasangan itu mendedahkan ibu Travis iaitu Donna merestui hubungan tersebut malah menyifatkan Taylor sebagai seorang wanita yang peramah.

"Donna suka Taylor dan menganggapnya wanita itu sangat manis dan rendah diri," kata sumber.

Taylor Swift dapat restu bakal ibu mertua.

Taylor Swift sudah jumpa ibu Travis.

Dalam pada itu, Travis juga meluahkan rasa terkejut apabila ramai ahli keluarga dan sahabatnya hadir ketika dia membawa Taylor bertemu ibunya pada 24 September lalu.

Hubungan Donna dan Taylor juga dikatakan semakin akrab sejak pertemuan itu apabila sering muncul di khalayak ramai.

Sebelum ini, Taylor mengejutkan peminat apabila dilihat hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan yang disertai Travis.

Tidak hanya itu, penyanyi lagu Love Story itu turut menempah sebuah restoran bagi membolehkan mereka berdua-duaan selepas perlawanan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain