suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggap hubungan seks perosak jiwa, Justin Bieber tak sentuh Hailey sebelum kahwin

Justin dan Hailey tidak pernah melakukan hubungan seks sebelum mendirikan rumah tangga.

PENYANYI Justin Bieber mendedahkan dia tidak pernah melakukan hubungan seks dengan isterinya iaitu Hailey Bieber sebelum mereka berkahwin pada September 2018.

Justin berkata, dia mengelak melakukan hubungan kelamin sebelum sah bergelar suami isteri kerana sedar ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada diri.

"Saya fikir seks sebelum berkahwin boleh mendatangkan pelbagai perkara buruk termasuk merosakkan jiwa seseorang.

Justin 1

Justin banyak mengabdikan diri kepada Tuhan.

"Kadang-kadang orang memilih melakukan hubungan seks sebelum berkahwin kerana mereka rasa diri tidak cukup bagus.

"Mereka buat perkara itu kerana tiada harga diri," katanya menerusi temu bual bersama majalah Vogue.

Tambah penyanyi lagu Love Me itu, dia lebih banyak mendekatkan diri kepada Tuhan supaya hubungannya dengan Hailey mendapat keberkatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit perut teruk sampai masuk hospital, Lee Je Hoon terpaksa berehat seminggu

ARTIKEL BERKAITAN: Impian T.O.P ke bulan tinggal mimpi, roket SpaceX milik Elon Musk belum siap

Jelasnya, perkara tersebut lebih baik untuk kesihatan mental berbanding memikirkan soal memuaskan nafsu diri sendiri.

"Melalui cara ini, ia benar-benar lebih baik untuk jiwa dan mental.

"Saya percaya bahawa Tuhan memberkati saya dengan Hailey," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain