suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Daniel Radcliffe memilih tawaran lakonan selepas jadi bapa, mahu luang lebih masa dengan anak

Daniel masih belum berkongsi wajah anaknya.

PELAKON Daniel Radcliffe mengakui status sebagai seorang bapa banyak mengubah kehidupannya termasuk berhubung tawaran kerja.

Kata Daniel, 34, selain lebih selektif dia juga mahu mengurangkan tawaran kerja kerana ingin memberikan fokus kepada anak kecilnya.

"Selama ini saya sangat memilih tawaran kerja dan selepas ini akan lebih selektif. Mungkin saya akan kurang bekerja untuk beberapa tahun akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: Daniel Radcliffe bakal timang cahaya mata pertama, tak sabar bawa anak ke set penggambaran

"Saya suka meluangkan masa bersama anak di rumah. Saya pasti akan merinduinya apabila mula bekerja nanti," katanya dalam satu program temu bual.

Kenyataan Daniel itu sekaligus menjawab desas-desus dia dan kekasihnya Erin Darke sudah menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka bersama sejak April lalu.

Pelakon siri filem Harry Porter itu sebelum ini pernah mendedahkan Erin sedang berbadan dua namun tidak pernah memberitahu secara terperinci berkaitan kelahiran anak mereka.

daniel radcliffe 2

Daniel teruja bergelar bapa.

Berkongsi cerita tentang fasa baharu dalam hidupnya, Daniel menyifatkan ia sebagai yang sungguh menyeronokkan meskipun ada ketika memenatkan.

"Kehidupan sekarang ini sangat memenatkan. Namun kehadiran anak saya adalah sesuatu yang menakjubkan dan Erin pula sangat hebat.

"Saya sentiasa akan mengambil masa rehat dan pulang ke rumah untuk bersama mereka. Saya rasa seronok dapat bersama anak kami," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain