suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rendy Kjaernett mengaku curang dengan adik Raffi Ahmad, cacah tatu buat ’ubat’ lepas rindu

Rendy mengakui pernah menyimpan perasaan terhadap Syahnaz.

SELEPAS beberapa minggu menjadi perhatian ramai, pelakon Rendy Kjaernett akhirnya mengaku pernah curang dan bermain cinta dengan adik kepada Raffi Ahmad.

Randy berkata hubungannya dengan Syahnaz Sadiqah pada awalnya bermula sebagai seorang sahabat untuk berkongsi masalah namun akhirnya mereka berdua menyimpan perasaan antara satu sama lain.

Dakwa Randy, dia pernah cuba untuk menamatkan skandal tersebut kerana mahu menjaga hubungan dengan isteri iaitu Lady Nayoan.

rendy 2

Randy bersama isteri dan dua anak mereka.

"Tiada apa yang hendak disangkal. Semuanya berlaku kerana sikap saya sendiri.

"Saya sempat fikir untuk tamatkan hubungan itu tapi susah untuk berpatah balik. Saya sudah terlanjur cinta dan ada perasaan terhadapnya," katanya ketika muncul dalam siaran podcast.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama adik Raffi Ahmad jadi bualan, dituduh perampas suami orang

Dalam pada itu, Randy mengakui ukiran tatu pada bahagian belakang badannya adalah wajah Syahnaz seperti mana didedahkan oleh isterinya sebelum ini.

"Saya sudah ada perasaan pada dia... daripada saya ambil dadah lebih baik buat tatu sebagai ubat," jelasnya.

rendy 3

Isteri Randy mendedahkan perbuatan curang suaminya sehingga sanggup mencacah tatu wajah Syahnaz.

Perselingkuhan Rendy sebelum ini hangat diperkatakan apabila isterinya sendiri mendedahkan hal tersebut kepada umum.

Rendy dan Syahnaz bagaimanapun mengambil langkah berdiam diri meskipun pelbagai bukti hubungan mereka mula didedahkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain