suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Taylor Swift nyanyi lagu ‘Dear John’ selepas 11 tahun, minta peminat jangan serang John Mayer

Taylor enggan peminatnya membuli John Mayer.

PENYANYI Taylor Swift membuat kejutan apabila menyanyikan lagu berjudul Dear John yang ditulis buat bekas teman lelakinya iaitu John Mayer ketika mengadakan konsert di Bank of Amerika Stadium pada Sabtu lalu.

Taylor menyanyikan lagu tersebut sebagai mempromosikan pelancaran semula album ketiganya berjudul Speak Now (Taylor's Version) yang bakal dilancarkan pada 7 Julai ini.

Peminat teruja dengan persembahan tersebut kerana kali terakhir Taylor menyanyikan lagu itu sekitar 11 tahun lalu.

taylor1 - 1

Taylor membuat kejutan menyanyikan lagu Dear John.

Dear John yang ditulis sendiri oleh Taylor dipercayai ditujukan kepada penyanyi tersebut selepas mereka berpisah.

Dalam pada itu, Taylor sempat berpesan kepada peminat agar tidak salah anggap apabila dia mengambil keputusan menyanyikan lagu berkenaan.

Taylor juga meminta peminatnya agar tidak mengungkit kisah lalunya bersama John selain menghalang mereka membuat serangan di media sosial penyanyi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: John Mayer dedah tabiat aneh... berbogel main gitar selepas hubungan seks

ARTIKEL BERKAITAN: Cepat betul 'move on'! Taylor Swift dah jumpa pengganti selepas putus Matty Healy, katanya penyanyi India

"Saya sudah berusia 33 tahun... Saya tidak kisah tentang apa yang berlaku ketika saya berusia 19 tahun.

"Saya tidak mengeluarkan album ini untuk anda membela saya di media sosial apatah lagi menyerang John atas perkara yang sudah berlalu," katanya.

Untuk rekod, Taylor dan John pernah menjadi pasangan kekasih pada 2010 namun hubungan hanya bertahan selama beberapa bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain