suria

John Mayer dedah tabiat aneh... berbogel main gitar selepas hubungan seks

Mayer terbuka berkongsi kisah privasi.

PENYANYI John Mayer mendedahkan dia akan bermain gitar dalam keadaan berbogel selepas melakukan hubungan intim.

Menurut Mayer, 45, cara sebegitu meninggalkan kenangan cukup indah dan bermakna buat pasangannya.

"Saya tidak bermain gitar untuk mengajak seseorang melakukan hubungan, sebaliknya berbogel sambil bermain gitar selepas melakukan hubungan seks lebih meninggalkan kenangan indah," katanya dalam satu temu bual.

ARTIKEL BERKAITAN: Tampil imej rambut panjang dan berjanggut, Hyun Bin semakin kacak sejak jadi daddy

Tambah Mayer, posisi duduk di atas katil sambil bermain gitar adalah sesuatu yang menarik dan comel untuk dilihat.

Sementara itu, penyanyi lagi Gravity ini juga memberitahu dia kini tidak lagi mencari hubungan cinta dengan mana-mana wanita selepas mula melepasi fasa ketagihan terhadap minuman keras sejak tahun 2016.

"Bercinta bukan lagi satu aktiviti buat saya. Saya sudah mula berhenti minum alkohol sejak 2016 dan tidak ada keberanian ke arah itu (bercinta).

Sebelum ini Mayer pernah dikaitkan dengan selebriti terkenal seperti Jennifer Aniston, Taylor Swift, Katy Perry, Jessica Simpson, Minka Kelly and Jennifer Love Hewitt.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain