suria

Ramai ‘sakit mata’ tengok Cinta Laura buat tarian tiang, netizen gelar aksi seperti pelacur

Cinta Laura dikecam gara-gara tarian tiang.

PERKONGSIAN pelakon Cinta Laura mengenai pengalamannya melakukan latihan tarian tiang selama 20 jam mengundang padah apabila dia dikecam kerana dikatakan berkelakuan seperti seorang pelacur.

Aksi seksi Laura atau Cinta Laura Kiehl, 29, merupakan sebahagian babak dalam filem Scandal 2: Love, Sex and Revenge.

Rata-rata peminat tidak senang melihat aksi pelakon itu sehingga ada yang mengelarkannya seperti pelacur.

laura2 - 1

Laura dikecam peminat kerana beraksi seksi.

"Di mana aku siap menjadi seorang PELAC*R. Tanda-tanda akhir zaman.

"Kasihannya kerana duit dan populariti sanggup melakukan aksi ini.

"Ini Indonesia woi, blacklist artis seperti ini," tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Cinta Laura kena marah dengan ibu gara-gara pakai seluar dalam berlubang

ARTIKEL BERKAITAN: Menteri Agama hampir menangis dengar pidato Cinta Laura... Mujur ada isteri dekat sebelah

Aktres itu berkongsi sebuah video yang memaparkan saat dia sedang menjalani tarian dan babak sebenar di dalam filem.

Video tersebut dimuat naik di Instagram miliknya dan mendapat lebih daripada 1 juta tontonan.

Menurut Laura, dia menghabiskan masa lebih daripada 20 jam untuk sesi latihan berkenaan dan berterima kasih kepada seluruh team yang memberikan kerjasama yang baik.

"Di sebalik babak pertama Scandal 3, ada perjuangan yang menghabiskan masa lebih daripada 20 jam.

"Terima kasih @jungkoagus_official kerana sabar memberi tunjuk ajar dalam masa yang singkat," tulisnya.

laura1 - 1

Laura bakal muncul dalam filem Scandal 2: Love, Sex and Revenge.

Dalam pada itu, Laura juga turut mendoakan kepada individu yang berfikiran negatif agar dikurniakan jalan hidup yang sempurna.

Ucapan bernada sarkastik itu ditujukan kepada orang ramai yang bersangka buruk terhadap filem lakonannya tanpa usul periksa.

"Saya doakan kalian sendiri sudah menjalani kehidupan yang sempurna dan mencapai tahap moral tertinggi supaya layak untuk menghakimi keperibadian dan jalan hidup orang lain," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain