suria

Tak habis-habis gosip cinta Leonardo DiCaprio... kali ini ‘dating’ dengan pelakon muda Victoria Lamas

Leonardo dilihat makan malam bersama Victoria.

KISAH cinta pelakon Leornado DiCaprio sekali lagi menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat.

Kali ini dia dikatakan mula rapat dengan pelakon muda Victoria Lamas, 23, selepas mereka keluar makan malam bersama di sebuah restoran.

Meskipun mereka keluar berasingan dari restoran berkenaan, namun kedua-duanya dilihat menaiki kenderaan sama pada malam tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular foto Leonardo DiCaprio dikelilingi model cantik... Peminat tertanya status hubungan dengan Gigi Hadid

Bagaimanapun satu sumber memberitahu Page Six, mereka bukanlah pasangan bercinta dan makan malam itu turut disertai oleh beberapa orang rakan lain.

"Mereka tidak bercinta. Kedua-duanya duduk berjauhan ketika di meja makan dan mereka turut bersama rakan-rakan lain," jelas sumber berkenaan.

Selepas putus cinta dengan bekas kekasihnya pada hujung Ogos lalu, Leornardo, 48, sering menjadi perhatian ramai apabila dia dilihat rapat dengan beberapa orang wanita berbeza.

Sebelum ini dia pernah dikatakan bercinta dengan model Gigi Hadid namun kisah itu akhir sekadar angin lalu.

Kelibat pelakon Titanic ini juga pernah dirakam bersama seorang model di sebuah kelab malam pada awal Disember.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain