suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Masih anggap lelaki, Teuku Ryan cemburu bila Ria Ricis kata sayang Lucinta Luna

Rakaman pendek gelagat Ria Ricis, Ryan dan Lucinta menjadi tular.

APA sahaja yang dilakukan oleh pasangan selebriti terkenal Ria Ricis dan Teuku Ryan pasti menjadi perhatian netizen.

Terbaharu, rakaman pendek memperlihatkan pasangan ini bersama selebriti transgender iaitu Lucinta Luna menjadi tular di media sosial.

Video itu menarik perhatian netizen kerana Teuku Ryan menunjukkan ekspresi wajah cemburu apabila isterinya itu meluahkan rasa sayang terhadap Lucinta Luna.

Ini kerana Teuku Ryan masih menganggap Lucinta adalah seorang lelaki biarpun sudah mengubah diriya menjadi perempuan.

"Kak Luna baik sangat. Itulah kenapa saya tak boleh marah dengan kak Luna. Saya sayang sangat dengan kak Luna," kata Ricis menerusi video yang dikongsikan di @insta_julid.

Mendengar luahan isterinya itu, Teuku Ryan tiba-tiba menunjukan reaksi terkejut dan segera menegur isterinya.

"Ha? Kamu sayang dengan lelaki lain? Tak boleh macam itu! Cukup satu saja, saya!" kata Ryan spontan.

Rakaman video itu tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya terhibur melihat gelagat mereka bertiga apatah lagi Ria yang asyik beristigfar semasa bersama Lucinta.

Sumber - Liputan6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain