suria

Pelawak transgender Dorce Gamalama dikebumikan sebagai lelaki, meninggal dunia akibat Covid-19

Allahyarham Dorce Gamalama

SELEBRITI dan pelawak transgender Indonesia, Dorce Gamalama meninggal dunia pada usia 58 tahun akibat Covid-19.

Berita duka itu disahkan rakannya, Hetty Soendjaya yang memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7 pagi Rabu selepas beberapa hari melawan Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto bersama kekasih, Jefri Nichol buat peminat patah hati

“Iya meninggal pukul 7 pagi di Rumah Sakit Pertamina kerana Covid-19. Jadi jenazah tidak dibawa pulang dan diuruskan di hospital.

“Mohon doa dan maaf atas kesalahan beliau,” ujarnya seperti dipetik Detik Hot.

Sementara itu, biarpun pernah membuat wasiat mahu dikebumikan secara perempuan, namun ahli keluarganya, Mimi memaklumkan Allahyarham akan uruskan mengikut syariat Islam.

dorce 1

Dorce mengalami pelbagai penyakit sejak dua tahun lalu.

Malah, ustaz yang menguruskan jenazah juga memberitahu hal yang sama iaitu dikebumikan sebagai seorang lelaki.

"Tentang proses pemakaman Dorce, rencananya akan disolatkan dulu di masjid wakaf Bunda Dorce, Al Hayyu.

“Dolce memang mahu dikebumi sebagai perempuan, tapi menurut ustaz Anan itu hanya keinginan, tetap akan dikebumikan sebagai lelaki,” ujarnya seperti dipetik Liputan6.

Dorce yang juga seorang penyanyi itu diketahui menghidap penyakit diabetes dan batu karang pada 2019.

Allahyarham mengalami masalah kesihatan yang teruk dan sering keluar masuk hospital sejak 2020.

Arwah juga pernah membuat video meminta bantuan pihak berkuasa untuk membiayai kos rawatan perubatannya.

Allahyarham lahir dengan nama Dedi Yuliardi Ashadi pada 21 Julai 1963. Beliau merupakan seorang pelawak yang pada awalnya sering membawa watak perempuan.

Jenazah Dorce disolatkan di Masjid Al Hayyu, Lubang Buaya, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Umum, Bantarjati, Jakarta Timur.

Sebagai peringatan, muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada April 1982 memutuskan bahawa seseorang dilahirkan lelaki, hukumnya tetap lelaki manakala seseorang dilahirkan perempuan, hukumnya tetap perempuan walaupun (lelaki atau perempuan itu) berjaya menukarkan jantinanya melalui pembedahan.

Pertukaran jantina daripada lelaki kepada perempuan ataupun sebaliknya, melalui pembedahan adalah haram dari segi syarak.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain