suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kongsi foto bersama kekasih, Jefri Nichol buat peminat patah hati

Gambar mesra Jefri bersama Bellezaa

PERKONGSIAN gambar pelakon Jefri Nichol bersama kekasihnya Bellezaa membuat ramai wanita yang patah hati.

Selain mengucapkan tahniah, rata-rata netizen turut meluahkan rasa terkejut kerana pelakon filem Dear Nathan itu tidak pernah mendedahkan tentang hubungan cinta dengan mana-mana wanita sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Jefri Nichol mohon maaf kecewakan ibu bapanya

“Hari kekasih melihat foto begini, boleh hancurkan hati.

“Sakit tetapi tidak berdarah.

“Hari patah hati sedunia,” komen peminat pelakon itu.

Terdahulu, Jefri dilihat meraikan sambutan ulang tahun ke-21 kekasihnya dalam sebuah majlis bersama teman-teman rapat mereka.

Menurut laporan DetikHot, Bellezaa adalah anak kepada pelakon dan penyanyi Reuben Elishama bersama isteri pertamanya iaitu Irna Mareta.

Selepas berpisah dengan Irna, Reuben mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan pengacara asal Singapura Shenty Feliziana pada tahun 2018.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain