suria

Kanye West hantar bunga ros satu trak, teruskan misi pikat semula Kim Kardashian

Sejak berpisah Kanye sering memujuk untuk kembali bersama Kim.

MESKIPUN sudah berpisah, Kanye West bagaikan tidak pernah berputus asa memikat semula hati bekas isterinya, Kim Kardashian.

Terbaharu, West yang kini mahu dikenali dengan nama Ye mengantar satu trak bunga ros kepada Kardashian sempena sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanye West ingin rujuk, Kim Kardashian pula asyik keluar dengan Pete Davidson

Nota pada trak tersebut juga cukup jelas membuktikan niat Kanye mahu kembali bersama Kardashian.

“Misi saya sangat jelas,” tulis Ye.

Sejak berpisah pada Februari 2021, Ye sudah beberapa kali dilihat berusaha untuk mendekati Kardashian. Dalam masa sama dia juga turut dikaitkan bercinta dengan beberapa orang selebriti popular lain.

kim 1

Kim bersama empat orang anaknya

Terkini, Kanye dilaporkan putus cinta dengan model dan pelakon Julia Fox.

Manakala, Kardashian pula kini sedang hangat bercinta dengan pelakon Pete Davidson.

Kanye dan Kardashian berkahwin pada Mei 2014 di Itali. Mereka mempunyai empat orang anak iaitu North, 9, Saint, 7, Chicago, 4, dan Psalm, 3.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain