suria

Pelakon siri Netflix Sex/Life, Sarah dan Adam Demos jatuh cinta pandang pertama ketika penggambaran

Sarah Shahi jatuh cinta pandang pertama dengan Adam Demos.

KEDUA-DUA pelakon utama drama siri terbaharu terbitan Netflix, Sex/Life iaitu Sarah Shahi dan Adam Demos dikatakan sedang hangat bercinta.

Sarah, 41, mengakui dia jatuh cinta dengan Adam, 36, ketika kali pertama dipertemukan di set penggambaran pada Ogos tahun lalu.

"Ketika pertama kali saya berjumpa Adam, hati saya dah terpaut pada dia. Kami cepat serasi dan minat jenis muzik yang sama.

"Kemudian kami berlakon sama-sama dalam siri ini dan ia merupakan satu kelebihan buat kami. Adam memberikan aksi lakonan cemerlang dalam drama ini, " kata Sarah.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sex/Life menjadi antara drama trending di Netflix termasuk dalam kalangan penonton Malaysia sejak ia mula ditayangkan pada 25 Jun lalu.

Drama tersebut mengisahkan tentang seorang wanita, Billie yang sering membayangkan tentang bekas teman lelakinya, Brad biarpun kini hidup 'bahagia' bersama suami, Cooper.

Sex/Life merupakan drama adaptasi novel tulisan BB Easton yang berjudul 44 Chapters About 4 Men.

Drama tersebut diklasifikasikan untuk tontonan 18 tahun dan ke atas sahaja kerana terdapat banyak adegan seks keterlaluan dalam siri berkenaan. - People

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Sarah Shahi, Adam Demos, Netflix, Sex/Life

Artikel Lain