suria

Hwang Jung Eum, suami tak jadi bercerai selepas jalani sesi kaunseling

Hwang Jung Eum tidak mahu bercerai.

SELEPAS menjalani sesi kaunseling, pelakon Hwang Jung Eum dan suaminya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan proses perceraian.

Memetik laporan Soompi, agensi pengurusan Hwang Jung Eum berkata pasangan itu mahu kembali bersama selepas berbincang secara mendalam ketika sesi kaunseling tersebut.

Menerusi sesi yang disertai sejak September tahun lalu, Hwang Jung Eum dan suami akhirnya dapat memahami perbezaan dalam pendapat masing-masing.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Selepas berbincang secara mendalam, mereka ambil keputusan untuk teruskan sebagai pasangan suami isteri, " kata wakil agensi.

Hwang Jung Eum dan suaminya yang dikenali sebagai Lee Young Don berkahwin pada 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada Ogos 2017.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain