suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Justin Bieber sedar kepentingan kesihatan mental, bataskan masa penggunaan telefon bimbit

Justin Bieber mula sedar mengenai kepentingan menjaga kesihatan mental. Foto: Billboard

MULA menyedari mengenai kepentingan menjaga kesihatan mental, penyanyi Justin Bieber berkata dia mula menetapkan batasan antara kerja dan hal peribadi.

Menurut laporan Billboard, Justin mendedahkan dia mula menjauhkan diri dari telefon bimbit dan hanya menggunakan sebuah iPad untuk berkomunikasi bersama team pengurusannya.

Ini kerana dia mahu menggunakan masa berkualiti yang ada bersama isteri, Hailey Bieber dan keluarga tersayang.

"Saya belajar untuk memiliki batas dalam sesuatu pekerjaan tapi dalam masa sama saya tidak berasa seperti berhutang dengan sesiapa.

"Cara itu membantu saya untuk mengatakan tidak dan menjadi lebih tegas. Dalam hati ingin membantu orang tetapi saya tak boleh melakukan semuanya," katanya.

Bercakap mengenai keseimbangan dalam rutin hidup, penyanyi lagu Baby ini berkata dia menetapkan pukul 6 petang adalah waktu untuk dia menjadi suami dan bangun tidur sebelum pukul 8 pagi.

"Selepas mencapai pelbagai kejayaan barulah saya sedar kejayaan itu bukanlah segalanya, ia bukanlah satu kebahagian untuk saya.

"Saya baru sahaja menukar kepentingan dalam hidup. Saya mahu kembali kepada tujuan menjadikan muzik sebagai inspirasi," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain