suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kes buli Ji Soo, pelakon drama 'River Where The Moon Rises' jalani penggambaran semula babak yang sudah siap tanpa bayaran

Lee Ji Hoon, Wang Bit Na dan Choi Yu Hwa antara pelakon yang menolak untuk dibayar.

BEBERAPA barisan pelakon River Where The Moon Rises mengambil keputusan untuk tidak meminta sebarang bayaran untuk merakam semula babak dalam drama tersebut.

Menurut laporan Star News dan Herald Pop, sumber terdekat memberitahu barisan pelakon itu termasuklah Lee Ji Hoon, Wang Bit Na, Choi Yu Hwa, Ki Eun Se, Ryoo Ui Hyun, Yoon Joo Man dan Kim Hee Jung.

Agensi pengurusan Lee Ji Hoon iaitu TH Company berkata keputusan itu dibuat selepas melihat syarikat produksi drama tersebut mengalami kerugian akibat kontroversi melibatkan pelakon utama sebelum ini iaitu Ji Soo.

"Syarikat produksi terkesan dan mengalami kerugian disebabkan kontroversi Ji Soo. Jadi, mereka membuat keputusan bersama dengan harapan ia dapat membantu," ujarnya.

Pihak produksi terpaksa melakukan rakaman semula beberapa babak yang sudah dirakam memandangkan Ji Soo yang sebelum ini memegang watak sebagai On Dal telah digantikan dengan aktor Na In Woo.

Perubahan watak itu disebabkan kontroversi yang melibatkan Ji Soo didakwa telah melakukan jenayah buli ketika di zaman persekolahannya. - Soompi

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain