suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

John Cena dan Shay Shariatzader berkahwin secara rahsia Isnin lalu

Hubungan cinta John dan Shay mula diperkatakan sejak Mac tahun lalu.

DALAM diam rupa-rupanya pelakon John Cena sudah melangsungkan perkahwinan dengan pengurus produk Shay Shariatzader pada Isnin lalu.

Memetik laporan Hollywoodlife, paparan skrin dokumen yang memaparkan maklumat mengenai permohonan lesen perkahwinan John Cena dan isterinya di Tampa, Florida menjadi tular.

Berita perkahwinan itu menjadi satu kejutan memandangkan pasangan itu hanya mendiamkan diri sejak spekulasi mereka menjalinkan cinta mula diperkatakan pada Mac tahun lalu.

Sebelum itu, foto John dan Shay bercumbuan di lapangan terbangan San Diego pada April tahun lalu turut menjadi perhatian.

Ketika itu, sumber terdekat memberitahu John dan Shay mula menjalinkan hubungan cinta sejak beberapa bulan lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain