suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa dedah Ayu Ting Ting sudah berjumpa dengan keluarga kekasih

Ayu enggan mengulas mengenai khabar angin dia sudah bertunang.

PENYANYI dangdut Indonesia terkenal iaitu Ayu Ting Ting dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Adit Jayusman.

Menerusi laporan Liputan6, bapa kepada Ayu iaitu Rozak juga mengakui kedua-dua belah keluarga mereka juga sudah bertemu dan berharapkan semua mendoakan yang baik-baik.

Menurut Rozak lagi, dia meluahkan rasa gembira melihat anaknya bahagia bersama seseorang yang sesuai dengan karekternya.

"Sudah bertemu dengan keluarganya. Alhamdulillah... doa yang baik-baik saja. Ayu kelihatan sangat gembira apabila dia bercerita tentang kekasihnya.

"Sebagai bapa, sudah tentu saya juga gembira sebab dia sudah bertemu dengan seseorang yang sesuai dengan karekternya," kata Rozak ketika dalam program Cumi Cumi baru-baru ini.

Bagaimanapun, Ayu memilih untuk tidak mendedahkan secara terperinci mengenai khabar angin yang mengatakan dia dan kekasihnya sudah mengikat tali pertunangan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain