suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chris Brown kunjungi rumah Adele sehingga pukul 2 pagi ketika bercuti ke Eropah

Chris dan Adele mula berkawan baik sejak 2013.

KUNJUNGAN penyanyi Chris Brown ke rumah Adele pada lewat malam dan meluangkan masa bersama selama beberapa jam menarik perhatian umum.

Memetik laporan Hollywoodlife, Chris ketika itu sedang menikmati percutian di Eropah mengambil kesempatan untuk menziarahi penyanyi lagu Someone Like You baru-baru ini.

Menurut sumber terdekat, Chris dilihat tiba di kediaman Adele yang terletak di London pada lewat malam sehingga pukul 2 pagi.

"Chris tiba di rumah Adele pada tengah malam dan tidak pulang sehingga sekitar pukul 2 pagi," kata sumber.

Difahamkan Chris dan Adele mula bersahabat semenjak Anugerah Grammy yang ke-55 yang berlangsung pada 2013.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Chris Brown, Adele, London, Eropah, penyanyi, sensasi,

Artikel Lain