suria

Jiran disahkan positif Covid-19, IM Siwan terpaksa jalani 'swab test' kali kedua

IM Siwon jalani ujian Covid-19 buat kali kedua.

PENYANYI IM Siwan terpaksa menjalani ujian wabak Covid-19 buat kali kedua selepas salah seorang penghuni di kawasan kediamannya disahkan positif.

Memetik laporan Soompi, agensi pengurus iaitu Plum Entertainment berkata biarpun tidak berhubung rapat dengan individu tersebut namun IM Siwan tetap perlu jalani ujian.

"Salah seorang penghuni di bangunan tempat tinggal IM Siwan disahkan positif jangkitan Covid-19, jadi dia terpaksa jalani ujian juga.

"Walaupun mereka bukan berhubung rapat dengan satu sama lain, tapi dia tetap perlu jalani ujian untuk keselamatan," katanya.

Sebelum ini, IM Siwan pernah menjalani ujian Covid-19 selepas kru produksi drama lakonannya berjudul 'Run On' disahkan positif.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

IM Siwon, Covid-19, positif, penyanyi, pelakon

Artikel Lain