suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jun So Min berehat daripada aktiviti seni termasuk 'Running Man' kerana masalah kesihatan

Jun So Min berehat sementara daripada aktiviti seni kerana masalah kesihatan.

BINTANG Running Man, Jun So Min mengumumkan berehat sementara daripada sebarang aktiviti kerana masalah kesihatan.

Menurut laporan Soompi, agensinya memberitahu bahawa Jun So Min mempunyai masalah kesihatan dan tidak berkaitan dengan Covid-19.

"Pada Isnin, Jun So Min pergi ke doktor dan menerima rawatan kerana keadaan fizikalnya kurang baik. Dia sedang berehat di rumah.

"Ia tidak teruk cuma kesihatan merosot kerana keletihan," katanya.

Dalam pada itu, Entertainment IAM mengumumkan program realiti Running Man juga tidak akan menjalani penggambaran.

Malah, agensi bintang Running Man itu juga memberitahu media bahawa Jun So Min akan berehat selama satu bulan atau lebih.

"Kami meminta kakitangan SBS Running Man untuk memahami kerana Jun So Min berehat kira-kira sebulan atau lebih, dan mereka bersetuju," ujarnya.

Jun So Min, Running Man

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia