suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rossa tunjuk bakat memasak sepanjang tempoh berkurung - “Semenjak duduk rumah dah jadi cef ya?”

Rossa tunjuk bakat memasak di dapur.

PENYANYI Datuk Seri Rossa menyambut baik saranan kerajaan Indonesia untuk kekal berada di rumah bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Menerusi laman Instagram, Rossa memanfaatkan peluang berada di rumah dengan memasak pelbagai menu istimewa untuk keluarga.

Malah, dia turut berkongsi resepi masakan bersama pengikutnya di laman tersebut.

"Hari yang mudah dan senang saja! Kalau ada di rumah kita selalu makan telurkan? Ini menu telur dadar paling mudah. Gagal diet!," tulisnya pada salah satu video yang dimuat naik.

Rossa berkongsi resepi dan menu masakan.

Perkongsiannya itu menarik perhatian pengikut dan rata-ratanya teruja apabila mengetahui penyanyi lagu Pudar ini hebat di dapur.

"Wah semenjak duduk rumah ni dah berubah jadi cef ya!

"Sedapnya... selera kita sama kak, saya pun suka masak dan makan menu itu.

"Lihat kamu masak, terus saya buat... datang inspirasi ketika tengah bingung nak masak apa dengan telur ni," komen pengikut.

Rossa

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia