suria

Dolly Parton beri sumbangan RM4 juta kepada pusat penyelidik cari penawar Covid-19

Dolly Parton memberikan sumbangan untuk penyelidikan.

KETIKA dunia berdepan penularan wabak Covid-19, beberapa selebriti antarabangsa membantu meringankan beban dengan menghulurkan sumbangan kepada pihak yang memerlukan terutamanya petugas barisan hadapan.

Ini termasuklah penyanyi Dolly Parton yang turut bermurah hati memberikan sumbangan sebanyak AS$1 juta (RM4 juta) kepada Pusat Penyelidikan Universiti Vanderbilt.

"Kawan lama saya Dr Naji Abumrad terlibat dalam penyelidikan di Vanderbilt selama bertahun-tahun memaklumkan kepada saya bahawa mereka sedang membuat penyelidikan koronavirus bagi mencari penawar.

Peminat puji inisiatif Dolly Parton.

"Saya memberi sumbangan AS$1 juta kepada Vanderbilt untuk penyelidikan itu dan menggalakkan orang ramai yang mampu untuk turut menghulurkan sumbangan," katanya menerusi laman Instagram.

Sebelum ini, beberapa orang selebriti lain turut membuat sumbangan antaranya Rihanna, Angelina Jolie, James McAvoy dan ramai lagi.

Dolly Parton

Artikel Lain