suria

Rihanna dah pasang niat nak ada tiga orang anak sebelum tahun 2030

Rihanna tak kisah besarkan anak tanpa bapa.

PENYANYI Rihanna berkata dia mahu menjadi ibu kepada tiga orang anak sebelum berakhir dekad ini.

Menurut laporan Aceshowbiz, Rihanna memberitahu meskipun dia belum mempunyai komitmen dalam hubungan, namun dia meletakkan harapan memiliki cahaya mata sebelum tahun 2030.

"Saya rasa masyarakat nak tunjuk saya salah... mereka anggap seorang ibu lemah jika tiada bapa dalam hidup anak-anak.

"Satu-satunya perkara yang penting adalah kebahagiaan, itulah yang sepatutnya berlaku dalam sesuatu hubungan sihat antara ibu bapa dan anak-anak.

"Itulah perkara paling penting dalam membesarkan anak, sebenarnya adalah cinta!," katanya.

Sementara itu bercakap mengenai kerjaya senin, Rihanna mengakui dia seseorang yang sangat agresif terhadap muzik.

"Saya sangat agresif terhadap muzik.

"Saya tidak mahu semua album bertema... tiada peraturan, tidak ada format, tiada apa-apa.

"Hanya muzik yang bagus dihasilkan dan apabila saya dapat rasa itu, baru saya akan lancarkannya," ujarnya.

Rihanna

Artikel Lain