suria

Selalu kena belanja... Suho elak jumpa ahli EXO lain!

Suho dedah kerap lari daripada melepak dengan ahli kumpulan EXO. Foto: Allkpop

AHLI kumpulan EXO iaitu Suho mendedahkan dia sering mengelak daripada bertemu dengan anggota kumpulan yang lain.

Menurut laporan Allkpop, Suho berkata dia terpaksa berbuat demikian kerana kerap menjadi mangsa belanja rakan-rakannya itu.

"Saya cuba untuk belanja kawan-kawan yang tidak dikenali, tetapi saya tidak membeli untuk ahli kumpulan sendiri... rasanya tidak perlu!

"Sebab itu, apabila semua ahli berjumpa, saya selalu bagi alasan tak nak pergi.

"Saya beritahu tidak boleh sebab mempunyai jadual lain," katanya ketika ditemubual oleh DJ Kim Shin Young.

Dalam pada itu, penyanyi berumur 29 tahun ini mengakui lebih suka berbelanja untuk rakan-rakannya yang lain daripada ahli kumpulan sendiri.

"Baru-baru ini saya tidak dapat berjumpa dengan rakan NCT kerana mereka sibuk, tetapi saya membeli hidangan tradisional untuk Park Ji Hoon.

"Selalunya dalam satu atau dua bulan, kami pergi ke gim," ujarnya.

Suho, Exo

Artikel Lain