suria

Raffi Ahmad berang foto anak saudara disalah guna di Instagram jual beli bayi

Raffi Ahmad lenih berhati-hati kongsi foto anak.

GAMBAR anak kepada adik pengacara popular Raffi Ahmad dipercayai digunakan pihak tertentu dan dimuat naik di sebuah akaun Instagram jual beli bayi secara haram.

Menurut kapanlagi, Raffi sudah membuat laporan kepada Instagram mengenai hal itu dan akan membuat laporan polis.

"Sebenarnya kalau itu diletakkan di Instagram, kami buat laporan terlebih dahulu ke Instagram. Kita tengok dulu apa yang akan jadi. 

Raffi akan tetap memuat naik gambar anaknya di laman sosial tetapi lebih berhati-hati.

"Jika ia masih terus melakukan perkara-perkara yang sewenang-wenang dan tidak masuk akal di luar kawalan, maka kita boleh melaporkannya kepada polis," katanya lagi.

Dalam pada itu, Raffi berkata, perkara itu membuatkan dia lebih berhati-hati untuk memuat naik foto anaknya di laman sosial.

"Ya, kita perlu berhati-hati mengenai perkara seperti itu. Kita tahu apa yang perlu kita buat. 

"Saya akan tetap memuat naik gambar anak saya cuma perlu berhati-hati. Sekiranya ada orang yang membuat perkara sebegini, kami laporkan kepada polis," ujarnya.

Raffi Ahmad, Syahnaz Sadiqah

Artikel Lain