suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cakra Khan bengang harga 'mask' cecah RM170 - “Bukan waktu sesuai untuk cari untung!”

Cakra tak mampu kawal emosi melihat harga penutup hidung dan mulut yang naik mendadak.

PENYANYI Cakra Khan bengang dan tidak mampu mengawal emosi apabila mengetahui penutup hidung dan mulut (mask) naik harga kerana penularan wabak korona virus di Indonesia.

Menurut Cakra, kenaikan harga tesebut tidak menguntungkan sebaliknya merugikan banyak pihak terutama masyarakat yang benar-benar memerlukan.

Peniaga dan individu yang menjual dengan harga tinggi itu dilihat mengambil kesempatan demi mengaut keuntungan dengan cara mudah.

"Cari masker (penutup mulut dan hidung) harganya boleh tahan (mahal), buatkan saya emosi sahaja. Cari keuntungan ketika waktu begini tak sesuai.

"Dulu saya beli harganya baru Rp 250,000 (RM73)... sebabkan sekarang permintaan tinggi boleh capai harga Rp 600,000 (RM176)," katanya.

Meskipun dijual pada harga yang mahal, Cakra berkata dia tetap membeli penutup mulut dan hidung kerana kerjaya dan aktivitinya banyak di luar rumah.

Selain mencegah penularan wabak, ia juga dapat melindungi dirinya daripada pencemaran udara di Jakarta.

"Kalau berada di luar itu lebih baik, bukan sebab virus sahaja tapi pencemaran udara di Jakarta pun banyak. Bila pulang rumah terus cuci muka, cuci tangan, nak makan cuci lagi. Jadi kita berwaspada tapi jangan berlebihan.

"Pesanan saya, semua yang melihat tentang hal ini jangan ambil keuntungan di saat-saat begini ya," ujarnya.

SUMBER:  Liputan6

Cakra Khan

Artikel Lain