suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akon tunai Umrah, netizen baru tahu penyanyi lagu 'Lonely' beragama Islam

Antara foto yang dikongsi netizen di laman sosial.

PENYANYI rap terkenal Akon atau nama sebenarnya Aliaune Thiam menunaikan ibadah Umrah baru-baru ini mendapat perhatian netizen.

Beberapa foto penyanyi yang terkenal dengan lagu Lonely tersebar di media sosial.

Penyanyi itu dilaporkan menunaikan ibadah itu bersama ahli keluarga dan kawan rapatnya.

Salah satu tweet netizen di laman sosial.

Ramai netizen yang terkejut apabila melihat video bintang itu melakukan Tawaf berikutan tidak tahu bahawa penyanyi tersebut dilahirkan daripada keluarga Muslim.

Sementara itu, menerusi sebuah majlis baru-baru ini, Akon pernah melahirkan rasa syukur dan mengakui Islam adalah kunci kepada kejayaannya.

"Rahsia di sebalik kejayaan saya adalah kepercayaan kepada Allah SWT dan dengan mengikuti syariat Islam" katanya.

SUMBER: BOLNEWS

Akon, Lonely

Artikel Lain