suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Harry Styles cerita saat getir perompak acukan pisau - “Mereka minta kata laluan telefon bimbit”

Harry Styles dirompak pada Hari Valentine.

BEKAS ahli kumpulan One Direction Harry Styles akhirnya berkongsi detik cemas ketika dia dikepung sekumpulan perompak pada malam 14 Februari lalu.

Memetik laporan CNN daripada sebuah wawancara dengan Howard Stern di SiriusXM, Harry menceritakan segala-galanya.

"Ketika itu saya sedang berjalan pulang dari rumah seorang teman. Saya kemudian ternampak sekumpulan orang memakai topeng... saya mula rasa sesuatu yang aneh," katanya.

Harry menceritakan bahawa dia dapat melarikan diri daripada sekumpulan penjahat.

Tambah Harry kumpulan berkenaan menghampirinya dan bertanya mengenai barangan yang ada padanya.

"Saya mengeluarkan telefon bimbit, lalu mereka menyuruh saya membuka kata laluan.

"Tapi saya enggan dan salah seorang daripada mereka berkata saya hanya diberikan masa 10 saat," katanya lagi.

Saat itu Harry ternampak sebilah pisau daripada individu berkenaan.

Sepantas kilat Harry melarikan diri daripada kumpulan perompak berkenaan dan dia bernasib baik kerana mereka tidak mengejarnya.

Kata Harry mungkin kerana mereka sudah mendapat wang tunai dan barang-barang lain milik Harry.

Harry Styles

Artikel Lain