suria

Sering gunakan perkhidmatan udara dan jejaskan alam sekitar, Bella Hadid sumbang 600 batang pokok

Bella beri sumbangan 600 batang pokok ditanam.

MODEL sensasi Bella Hadid membuat sumbangan supaya 600 batang pokok untuk ditanam bagi mengekalkan kesimbangan alam sekitar.

Bella atau nama sebenarnya Isabella Khair Hadid, 23, mengusahakan sumbangan tersebut kerana sedar bahawa kerjayanya sebagai model banyak memerlukan dia menggunakan perkhidmatan udara, kapal terbang yang menghasilkan jejak karbon (carbon footprint).

Bella telah memuat naik sebuah posting berkongsi perkara tersebut kepada pengikutnya di laman sosial.

Bella tanamkan semangat cintakan alam sekitar.

"Sumbangan 600 pokok akan ditanam untuk setiap 20 penerbangan saya tiga bulan lalu.

"Dan mungkin akan berterusan sepanjang tahun," tulisnya di Instagram.

Tambah Bella, dia akan mengutamakan sumbangan pusingan pertama di kawasan yang hancur akibat kebakaran di California dan hutan hujan Amazon serta menekankan perasaan cinta terhadap alam sekitar.

Dalam pada itu, bekas kekasih The Weeknd ini juga menggalakkan lebih daripada 26.8 juta pengikutnya untuk memberitahu lokasi-lokasi global lain yang boleh dibantu. - Daily Mail

Bella Hadid

Artikel Lain