suria

Avril Lavigne berpisah dengan anak jutawan selepas setahun bercinta

Kali terakhir pasangan ini dilihat bersama pada Jun lalu.

PENYANYI Avril Lavigne membuat kejutan apabila dia mengumumkan sudah berpisah dengan ahli perniagaan, Philip Sarofim.

Memetik laporan Hollywoodlife, Avril mendedahkan hubungan mereka berakhir selepas setahun menjalinkan hubungan cinta baru-baru ini.

Menurut laporan Us Weekly, Avril mula bercinta dengan anak jutawan terkenal Fayez Sarofim itu pada Februari 2018.

Biarpun hubungan Avril dan Philip kelihatan baik sepanjang tahun lalu namun kali terakhir mereka dilihat bersama pada Jun lalu.

Sebelum ini, Avril pernah berkahwin dengan penyanyi Deryck Whibley pada 2006 dan berpisah selepas tiga tahun bersama.

Avril Lavigne, Philip Sarofim

Artikel Lain