suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat mahu Kylie Jenner kembali bercinta dengan Travis Scott

Peminat harap pasangan ini kembali bercinta.

HUBUNGAN cinta antara bintang sensasi Kylie Jenner dan Travis Scott yang berakhir baru-baru ini mendapat perhatian peminatnya.

Memetik laporan daripada Hollywoodlife, sumber terdekat memberitahu Kylie sangat menghargai sokongan peminat yang ingin melihat dia dan Travis kembali bersama sebagai pasangan kekasih.

Bagaimanapun, Kylie enggan memikirkan perkara tersebut kerana soal hubungannya itu bukan sesuatu keutamaan buat masa sekarang.

"Kylie sangat menghargai sokongan yang dia dan Travis terima. Mendengar mengenai peminat mahu melihat mereka kembali bersama adalah sesuatu yang baik.

"Tapi ia bukan sesuatu yang dia mahukan terjadi sekarang ini," kata sumber terdekat.

Kylie dilihat meluangkan masa di studio bekas kekasihnya, Tyga selepas sehari mengumumkan perpisahan dengan Travis pada 2 Oktober lalu.

Kylie dan Travis mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Stormi yang kini berusia setahun.

Kylie Jenner, Travis Scott

Artikel Lain