suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kurang 24 jam buka akaun IG, Jennifer Aniston sudah terima 5.4 juta pengikut

Jennifer teruja membuka akaun Instagram buat pertama kali.

TIDAK sampai 24 jam akaun Instagram pelakon Jennifer Aniston dibuka, dia sudah mempunyai lebih 5.4 juta pengikut.

Menerusi Instagram Jennifer memuat naik foto 'wefie' pertama bersama rakan-rakannya dengan kapsyen keterujaannya menjadi salah seorang pengguna laman sosial itu.

"Dan sekarang kita semua adalah kawan di Instagram juga. Hi Instagram," tulisnya ringkas pada Rabu.

Foto tersebut mendapat lebih 7.2 juta tanda suka serta 329,000 komen antaranya daripada rakan selebriti seperti Kate Hudson, Ellen, Mariah Carey dan ramai lagi.

Akaun IG Jennifer mempunyai lebih 5.4 juta pengikut kurang daripada 24 jam dibuka.

"Yay!!! Selamat datang ke Instagram, Jennifer! Ia sesuatu momen yang indah," tulis Mariah Carey.

"Saya sangat bersyukur mereka masih berada di sana untuk anda," kata Ellen.

"Wow girl! Here we go!" komen Kate Hudson.

Selain berkongsi foto tersebut, Jennifer turut memuat naik beberapa aktiviti di Instastorynya sejak mula aktif di laman sosial itu.

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia