suria

Kematian Sulli diratapi, peminat bimbang Taeyeon lakukan perkara sama

Taeyeon dan Sulli merupakan artis dibawah naungan SM Entertainment.

KEMATIAN pelakon dan penyanyi Sulli ternyata memberi impak terhadap peminat K-Pop di seluruh dunia.

Rata-rata peminat meluahkan rasa bimbang terhadap keadaan kesihatan ahli kumpulan Girls Generation iaitu Taeyeon yang dikhabarkan menghidap penyakit kemurungan.

Peminat tidak mahu Taeyeon menerima nasib sama seperti Sulli jika dia tidak diberi bantuan segera.

Taeyeon sebelum ini pernah mendedahkan dia mengalami kemurungan dan sedang berusaha melawan penyakit tersebut.

Sulli merupakan rakan baik Taeyeon sejak mula-mula memasuki industri seni.

Malah, peminat juga ada menghantar ucapan sokongan buat dia terus kuat selepas kehilangan dua rakan baiknya iaitu Sulli dan Jonghyun SHINee yang meninggal dunia akibat bunuh diri.

Dalam pada itu, Taeyeon turut mengakui mengambil ubat-ubatan daripada doktor dan meminta orang ramai tidak berfikiran negatif terhadap mereka yang sedang kemurungan.

Sulli merupakan anggota kumpulan f(x) manakala Taeyeon yang juga ahli Girls Generation bernaung di bawah syarikat pengurusan yang sama iaitu SM Entertainment.

Selain dua kumpulan itu, Super Junior, EXO, SHINee dan Red Velvet turut bernaung di bawah syarikat yang sama. - Koreaboo.com

Taeyeon, Sulli, bunuh diri

Artikel Lain