Rakan artis luah rasa sedih dan menyesal, gagal bantu Sulli hadapi tekanan - Bintang Global | mStar

Rakan artis luah rasa sedih dan menyesal, gagal bantu Sulli hadapi tekanan

Goo Hara berkongsi beberapa keping foto mereka bersama di IG.

BERITA pelakon dan penyanyi Sulli ditemui mati di kediamannya pada petang Isnin turut memberi kesan kepada rakan-rakan selebritinya.

Antaranya, penyanyi Goo Hara yang berkongsi foto dia bersama Sulli di Instagram berharap aktres itu mendapat kehidupan yang lebih tenang seperti yang dimahukan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mengejutkan! Harap ia tidak benar” - Sulli dilaporkan meninggal dunia, ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya

"Di dunia ini, saya berharap Jin Ri (nama panggilan Sulli) melakukan apa yang dia mahu," tulisnya.

Sunday, Hong Suk Chun dan Goo Hara antara rakan selebriti yang turut bersedih dengan berita kematian Sulli.

Selain Goo Hara, selebriti Kang Ji Young, Hong Suk Chun, Sunday, Gyuri dan Jun (U-KISS) turut meluahkan rasa sedih menerusi laman Instagram selepas mengetahui berita sedih tersebut.

"Ini adalah foto saya yang terakhir dengan awak... Saya pernah berkata yang kita sepatutnya mengharungi semua ini bersama tapi saya jadi kawan yang tidak baik apabila membenarkan awak pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal," kata Hong Suk Chun.

"Saya sayang awak, Jin Ri... Saya tidak dapat membalas mesej awak tempoh hari di Kondae disebabkan terlalu malu. Saya minta maaf tidak dapat bawa awak makan ais krim," tulis Sunday.

Saya pernah berkata yang kita sepatutnya mengharungi semua ini bersama tapi saya jadi kawan yang tidak baik apabila membenarkan awak pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal.

HONG SUK CHUN

Pelakon

"Awak sudah melalui banyak dugaan. Saya harap awak tidak lagi berasa bimbang mengenai apa saja di sana dan berharap awak akan benar-benar gembira," kata Jun.

Dunia hiburan K-Pop dikejutkan dengan berita Sulli ditemui mati di tingkat dua kediamannya di Seongnam, Seoul, pada petang Isnin.

Dalam pada itu, agensi pengurusan SM Entertainment mengesahkan berita mengenai pelakon dan penyanyi Sulli meninggal dunia di kediamannya di Seongnam, Seoul pada petang Isnin.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan agensi itu, mereka memohon maaf kerana tidak memaklumkan berita sedih itu terlebih awal.

Wakil agensi turut meminta semua peminat agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kematian Sulli.

"Kami memohon maaf kerana merahsiakan berita sedih ini. Sulli sudah meninggalkan kita semua. Kami masih tidak percaya dengan situasi sekarang dan dalam keadaan berduka.

"Untuk keluarganya yang sedang bersedih selepas berita mengejutkan ini, kami mohon agar anda semua tidak membuat spekulasi atau menyebarkan cerita tidak sahih," kata wakil.

Sumber - Soompi dan Instagram.

Goo Hara , Sulli , Sunday

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain