Seungri bakal berdepan hukuman, siasatan berakhir pertengahan Oktober - Bintang Global | mStar

Seungri bakal berdepan hukuman, siasatan berakhir pertengahan Oktober

Siasatan terhadap Seungri berakhir pertengahan Oktober ini.

POLIS mengesahkan kes siasatan melibatkan bekas pengarah urusan YG Entertainment Yang Hyun Suk dan bekas anggota kumpulan Big bang, Seungri bakal selesai pada bulan ini.

Menurut laporan Allkpop.com, Yang Hyun Suk dan Seungri berdepan tuduhan terlibat dengan perjudian haram di luar negara selain memiliki duit yang diperoleh secara tidak sah yang melanggar Akta Transaksi Pertukaran Asing.

"Pihak polis telah menyelesaikan siasatan terhadap Yang Hyun Suk dan Seungri.

"Kami kini sedang menganalisa laporan keputusan siasatan berserta bukti-bukti yang berjaya dikumpul sejak dari awal kes ini.

"Siasatan bakal berakhir pertengahan Oktober ini," jelas pegawai polis yang enggan namanya didedahkan.

Seungri (kiri) dan Yang Hyun Suk (kanan) berdepan tuduhan terbabit dengan perjudian haram di luar negara.

Pihak polis itu bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci berhubung dakwaan-dakwaan lain yang bakal dihadapi kedua-dua tertuduh.

Jelasnya lagi, polis masih menjalankan siasatan lanjut di sekitar bangunan Gangnam yang dimiliki oleh salah seorang ahli kumpulan Big Bang iaitu Daesung.

Sebelum ini, Seungri atau nama sebenarnya Lee Seung-Hyun, 29, berdepan tuduhan menawarkan perkhidmatan seksual kepada bakal pelabur dari luar negara di sebuah kelab malam di Gangnam pada 2015.

Selain itu, dia juga terlibat dalam mengatur beberapa aktiviti sama yang pernah dihoskannya di Filipina pada Disember 2017.

Seungri dikatakan bertindak sebagai pegawai eksekutif di mana dia didakwa melaburkan wang tunai dan berkongsi pita seks menerusi aplikasi sembang muda alih dengan rakan-rakannya.

Bagi kesalahan itu, Seungri bakal berhadapan hukuman penjara selama dua hingga tiga tahun.

Seungri , Big Bang , YG Entertainment

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain