suria

Foto mesra Liam Hemsworth bersama Maddison Brown jadi perhatian

Liam kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Maddison.

PELAKON Liam Hemsworth dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Maddison Brown selepas berpisah dengan bekas isterinya, Miley Cyrus.

Memetik laporan daripada People.com, foto Liam bermesra dengan aktres itu buat kali pertama dirakam ketika mereka meluangkan masa bersama di New York baru-baru ini.

Biarpun sudah mempunyai kekasih, Liam menerusi temu bual bersama Hollywoodlife mendedahkan perpisahannya dengan Miley masih memberi kesan kepada kehidupannya kini.

Liam masih sayang Miley tapi tidak mampu pertahankan rumah tangga mereka.

"Liam masih sayangkan Miley dan perpisahan itu benar-benar sukar buatnya. Liam ambil perkara itu sangat serius tapi Miley bukan lagi orang yang dia sayang sebelum ini.

"Miley tidak akan berubah tapi Liam sedar yang dia tidak boleh bersama Miley dalam keadaan itu. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihat dalam internet mengenai Miley selepas berpisah," kata sumber.

Pada Ogos lalu, Miley mengejutkan dunia hiburan apabila mengumumkan perpisahan dengan Liam selepas hanya lapan bulan berkahwin.

Artikel Lain