suria

Kehilangan cincin berlian terjawab, wanita dedah cincin Suga BTS termasuk dalam poket

Suga kehilangan cincin berlian sewaktu mengadakan konsert di Berlin.

SALAH seorang ahli kumpulan BTS iaitu Suga mendedahkan kehilangan cincin berlian sewaktu mengadakan konsert jelajah Love Yourself di Berlin, Rabu lalu.

Segalanya bermula apabila dia menjadi terlalu teruja dan membaling botol air ke arah peminat dan menyedari salah satu cincin miliknya dengan huruf A yang dipakai pada jari kelingking hilang bersama botol air berkenaan.

Suga kemudiannya membuat pengumuman mengenai kehilangan cincinnya itu dan meminta bantuan peminat untuk mencarinya.

Namun usaha itu nampaknya menghampakan apabila tiada seorang pun yang menjumpainya.

Pada konsert itu, Suga menyarungkan empat bentuk cincin berlian yang tertera huruf SUGA iaitu ejaan nama pentasnya.

Bagaimanapun, sosial media di negara itu menjadi kecoh selepas seorang gadis dengan tweethandle @Jimin_Fairy1412 membuat pengakuan bahawa dia memiliki cincin milik Suga.

Suga kehilangan cincin berlian yang dipakai pada jari kelingking.

Kata gadis berkenaan, dia tidak menyedari mengenai cincin itu yang berada di dalam poket seluar miliknya sehingga konsert itu tamat.

"Saya berdiri di zon VIP bersama kawan baik saya. Ketika Suga membaling botol air itu ke arah saya, saya tidak memandang ke belakang kerana ia berada agak jauh dan mereka yang lain berebut untuk mengambilnya.

"Tetapi saya berharap kalau terjumpa penutup botol itu pun sudah cukup baik.

"Ketika sedang melompat dan enjoy dengan persembahan BTS, saya terpijak satu objek yang keras dan menyangka ia adalah penutup botol itu. Jadi saya terus ambil dan simpan ia di dalam poket. Selepas itu baru saya sedar ia adalah cincin milik Suga!" tulisnya.

Rata-rata netizen dilihat mengucapkan tahniah terhadap gadis itu yang menaganggap ia sebagai rezeki gadis berkenaan untuk 'bertunang' dengan Suga. - Koreaboo.com

Suga, BTS, Jimin Fairy

Artikel Lain