suria

Luna Maya pilih lelaki kelakar dan kuat bekerja!

Luna Maya menjawab pertanyaan yang diajukan oleh pengacara Ayu Dewi.

LELAKI yang pandai berjenaka merupakan antara ciri-ciri yang sering dicari oleh wanita untuk dijadikan teman hidup.

Ada yang berpendapat, mereka ini mampu menghiburkan pasangan dan membuatkan keadaan sekeliling menjadi lebih ceria dan bahagia.

Seakan bersetuju dengan pandangan orang ramai itu, pelakon Luna Maya turut mengakui dia tertarik dengan lelaki yang mempunyai karakter tersebut.

Selain kelakar, Luna berkata dia juga tertarik dengan lelaki yang rajin bekerja.

"Saya yang penting pandai buat lawak, baik... eh baik tu biasalah kan?

"Dia juga harus bekerja keras. Iya begitulah," kata Luna.

Luna berkongsi ciri-ciri jejaka idamannya menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun Youtube MrsAyuDewi pada Rabu.

Pelakon filem Killers ini menjawab pertanyaan mengenai karakter lelaki pilihan yang diajukan oleh pengacara Ayu Dewi.

SUMBER: Grid.ID

Luna Maya

Artikel Lain