suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Siapa kata Kareena Kapoor sombong, orang itu mungkin cemburu

Karena sudah memaafkan sesiapa sahaja yang menganggap dirinya sombong.

PELAKON Kareena Kapoor memberitahu orang yang mengatakan dirinya sombong berkemungkinan mempunyai perasaan cemburu atau ada impian untuk menjadi seorang pelakon sepertinya.

Menurut laporan Timesofindia, Kareena bagaimanapun sudah memaafkan sesiapa sahaja yang mengatakan dirinya bersikap sombong.

"Mungkin mereka cemburu atau pernah bercita-cita nak jadi pelakon. Sebab itu mereka mengatakan saya sombong. Tapi saya sudah pun memaafkan mereka," katanya.

Kareena bakal muncul menerusi filem terbaharu, Good News bergandingan dengan Akshay Kumar, Kiara Advani, Diljit Dosanjh dan Jimmy Shergill yang bakal ditayangkan pada 6 September depan.

Kareena Kapoor

Artikel Lain