suria

Ariana Grande sekadar bertemu bekas kekasih tapi tak bercinta

Ariana dilihat makan malam bersama Graham di New York.

FOTO penyanyi Ariana Grande keluar makan malam bersama dengan bekas kekasihnya iaitu Graham Philips menjadi tular dan menarik perhatian peminatnya.

Menerusi laporan Dailymail, Ariana dan Graham dikatakan menikmati makan malam di Carbone Italian restaurant, New York.

Bagaimanapun, sumber terdekat memberitahu portal E! News bahawa Ariana sekadar bertemu kawan lama dan penyanyi lagu 7 Rings itu masih belum mempunyai kekasih.

"Ariana memang ada bertemu dengan beberapa bekas kekasih dia. Tapi Ariana tak bercinta pun dengan mereka. Ariana hanya bertemu dengan orang yang dia ambil berat," kata sumber.

Ariana dan Graham mula menjalinkan cinta pada 2008 ketika mereka bergandingan menerusi Musical 13 on Broadway.

Bagaimanapun mereka masih berkawan baik biarpun hubungan itu sudah terputus sejak 2011.

Ariana Grande, Graham Philips

Artikel Lain